Fahmi Reza didakwa menghina JAKIM

0
2
IPOH, 30 Jan -- Pereka grafik Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 40, yang didakwa atas pertuduhan memuat naik gambar aib pemimpin negara bertujuan menyakitkan hati orang lain, dalam akaun Facebooknya dua tahun lepas. Hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran hari ini menangguhkan keputusan kes terhadapnya pada 7 Feb ini selepas dimaklumkan Hakim Norashima Khalid yang mendengar kes itu sedang cuti sakit. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

PEREKA grafik, Fahmi Reza sekali lagi menyindir pihak berkuasa menggunakan platform media sosialnya, kali ini ditujukan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Aktivis itu membuat beberapa hantaran di Facebook dan Twitter hari ini antaranya imej simbol halal ditukarkan kepada haram, seterusnya slogan “Dilarang Hina Tuan ku nanti Tuhan ku Marah” dan juga Jakim menjadi Jabatan Jilat Kayangan dan Istana Malaysia (JJKIM).

Difahamkan, dia tidak berpuas hati dengan satu hantaran dimuat naik jabatan itu mengenai larangan menghina golongan Raja-Raja Melayu.

Kenyataan dari Jakim: Daripada Abi Bakrah RA, bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Sultan (Pemerintahan) merupakan bayangan Allah di bumi. Barangsiapa yang memuliakannya maka Allah memuliakannya dan barangsiapa yang menghinanya maka Allah akan menghinanya. Riwayat al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman (6988)”

Pada 23 April lalu, Fahmi telah ditahan polis berhubung hantaran yang dibuatnya terhadap Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ia susulan hantaran menggunakan gambar Tunku Azizah dengan kapsyen ‘This is dengki ke?’ di Facebook yang dibuat sebagai gambar latar dalam aplikasi Spotify. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here