50,000 sokong Azmin letak jawatan

0
2

PETISYEN yang mendesak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berjaya mencapai sasarannya untuk mendapat 50,000 sokongan.

Jumlah menyokong petisyen bertajuk ‘Hanya satu sebab: gagal berfungsi sebagai Menteri Kanan yang diharapkan. Titik!’ berjaya dicapai kira-kira jam 8.25 malam tadi.

Malah jumlah yang menyokong petisyen di laman sesawang change.org berkenaan semakin ramai berdasarkan kepada ‘sambutan hangat’ orang ramai.

Terkini sasaran baharu ditetapkan berjumlah 75,000 sokongan dan sehingga jam 8.30 malam seramai 51,539 menyokongnya.

Shafinn Shamsuddin berkata, Mohamed Azmin menyalahgunakan kuasanya sebagai ahli politik dan menteri.

Sementara, Azida Aziz pula berkata, sebagai Menteri, Mohamed Azmin sepatutnya tahu bahawa ‘total lockdown’ ini sangat penting.

“Sebagai individu yang berkuasa di MITI dia sepatutnya faham bahawa total lockdown ini sangat penting namun masih memberi semua kelulusan,” katanya.

Manakala, Wan Aishah berkata, Mohamed Azmin tidak berusaha untuk membantuan Majlis Keselamatan negara (MKN) dalam menangani pandemik Covid-19.

“MITI di bawah beliau tidak cuba membantu MKN dalam menangani Pandemik Covid 19. MKN arah tutup sektor yang tidak berkeperluan tapi MITI boleh pulak lepas,” luahnya.

Halim Harin pula berkata, dia menyokong Mohamed Azmin meletak jawatan kerana tidak sepatutnya kilang dibenarkan beroperasi semasa PKP3.0.

“Sokong Azmin letak jawatan sbb tak sepatutnya kilang2 dibuka semasa PKP 3.0,” katanya.

Terdahulu, tanda pagar #AzminLetakJawatan tular di Twitter, susulan lebih 128,000 syarikat diberi kebenaran beroperasi ketika total lockdown dilaksanakan.

Keputusan saat akhir kerajaan mewajibkan semua syarikat memohon kebenaran beroperasi menerusi sistem khas dikenali sebagai Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) di bawah selenggaraan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengundang turut kemarahan rakyat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here