8,209 kes positif Covid-19 hari ini

0
2

MALAYSIA mencatatkan peningkatan jangkitan baharu Covid-19 hari ini dengan 8,209 kes, berbanding 7,703 kes semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara kini adalah 595,374.

Selangor kekal mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu 3,125 kes baharu diikuti Kuala Lumpur (801), Johor (752), Sarawak (594), Negeri Sembilan (576) dan Kelantan (414).

Sementara, Perak (384), Kedah (373), Melaka (322) dan Pulau Pinang (303).

Manakala, Pahang mencatat 135 kes, Terengganu (127), Labuan 62 kes.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here