Boleh guna surat kebenaran kementerian, jabatan

0
4
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

ORANG ramai dibenarkan menggunakan surat kebenaran pergerakan daripada mana-mana kementerian dan jabatan berkaitan untuk sementara waktu bagi melepasi sekatan jalan raya (SJR).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata surat berkenaan boleh digunakan hingga sistem permohonan melalui portal seliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dapat beroperasi secara menyeluruh.

“Surat lain boleh digunakan sementara waktu ini hingga sistem dalam MITI berjalan sepenuhnya,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Terdahulu, video berdurasi 30 saat tular di media sosial memaparkan seorang pegawai polis yang memaklumkan Ketua Polis Negara memutuskan dan mengarahkan supaya polis menerima semua surat pergerakan daripada MITI, kementerian dan jabatan berkaitan.

Semalam, kerajaan digesa segera menyelesaikan isu berbangkit berhubung pengoperasian Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0).

Ini kerana kebanyakan pihak dikatakan gagal melayari laman sesawang CIMS 3.0 untuk memohon kebenaran beroperasi dipercayai akibat trafik tinggi.

Difahamkan, tiada talian khusus ditetapkan bagi pengoperasian sistem itu, menyebabkan rata-rata pemohon buntu apabila mereka gagal mengemukakan permohonan berkenaan.

Pemohon juga dikatakan keliru apabila diarah mengemukakan permohonan ke kementerian tertentu dan tidak lagi berpusat di MITI beberapa hari selepas pengumuman mengenai Sekatan Pergerakan Penuh. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here