KES baharu harian Covid-19 kembali menunjukkan trend peningkatan dengan mencatatkan 7,703 kes hari ini berbanding 7,105 kes semalam.
Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya hari ini, jumlah itu menjadikan kes kumulatif Covid-19 di Malaysia setakat ini adalah 587,165 kes.
Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 2,728 kes (191,722 kes kumulatif), diikuti Kuala Lumpur 701 kes (60,172 kes kumulatif), Sarawak 588 kes (48,620 kes kumulatif) dan Negeri Sembilan 586 kes (27,288 kes kumulatif).
Johor pula mencatatkan 554 kes (59,368 kes kumulatif), manakala Kelantan 541 kes (28,860 kes kumulatif), Pulau Pinang 407 kes (29,433 kes kumulatif) dan Kedah 283 kes (19,428 kes kumulatif).
Di Pahang kes baharu hari ini ialah 237 kes (10,004 kes kumulatif), manakala Terengganu 224 kes (9,193 kes kumulatif) dan Perak juga mencatatkan jumlah sama 224 kes (21,245 kes kumulatif).
Melaka merekodkan 209 kes (12,544 kes kumulatif), diikuti Labuan 159 kes (4,043 kes kumulatif), Perlis tujuh kes baharu (518 kes kumulatif) dan akhir sekali Putrajaya dengan satu kes baharu (1,911 kes kumulatif ). – Malaysiapost

