Seniman, usahawan dan tokoh pendidikan Malaysia, Tan Sri Lim Kok Wing meninggal dunia pagi ini.
Berita sedih itu dimaklumkan Universiti Lim Kong Wing menerusi kenyataan sebentar tadi.
“Dengan kesedihan yang mendalam kami menyampaikan pemergian Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Sri Paduka Dr Lim Kok Wing, pengasas kami.
“Kami dengan rendah hati menyampaikan ucapan takziah dan meminta privasi ketika kami meratapi kehilangan seseorang yang sangat kami banggakan,” kata kenyataan itu.
Minggu lalu, Kok Wing, 75, dilaporkan berada dalam keadaan stabil di hospital selepas jatuh di rumahnya.
Mendiang memulakan kerjaya sebagai kartunis, dan kemudian beralih ke bidang pengiklanan lalu menubuhkan agensinya sendiri, Wings Creative Consultants.
Pada 1991, beliau menubuhkan Limkokwing Institute of Creative Technology yang pertama, dan sehingga kini, telah membuka cawangan di benua Asia, Eropah dan Afrika. – Malaysipost
Foto Kredit: Facebook

