Kilang Calsberg beroperasi, Azmin perlu beri penjelasan

0
1

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dituntut memberi penjelasan berkaitan Kilang Calsberg yang diberi kebenaran beroperasi ketika sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata.Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Menteri MITI perlu memberi penjelasan mengapa kelulusan operasi diberikan kepada kilang yang terletak di Shah Alam itu.

“Pembukaan kilang Calsberg, pihak MITI khususnya Azmin Ali perlu beri penjelasan mengapa diberikan kelulusan untuk kilang tersebut beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu Armand berkata, sekatan pergerakan penuh yang bermula hari ini bergerak seiring dengan memberi ruang kepada beberapa sektor ekonomi untuk bergerak terutama sektor servis dan keperluan.

“Kita kena bezakan lockdown dulu dan terkini, bezanya ketika lockdown dulu seluruh dunia masih belum ada vaksin lagi, tetapi lockdown ketika ini negara kita sudah gerakkan program vaksinasi kebangsaan.

“Atas dasar itu ada kelonggaran diberikan pada beberapa sektor ekonomi (keperluan) untuk bergerak seiring bagi mengerakkan ekonomi dalam negara agar tidak terus terhenti seterusnya tidak merencatkan kenaikan KDNK negara yang perlu dikawal,” katanya.

Ketua Bahagian Umno Subang itu menyeru orang ramai bersama-sama membantu kerajaan dalam memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 yang melanda negara.

“Kini masa kita sama-sama harus bertanggungjawab seiring dengan kerajaan untuk putuskan rantaian penyebaran Covid 19, jika kita tidak jujur dan tidak mahu turut serta bersama majoriti rakyat, ini hanya akan membuat negara kita terus dalam situasi masalah Covid-19.

“Semuanya bermula daripada diri kita dahulu. Jangan menunding jari cari kesalahan orang jika kita sendiri tidak mahu berubah demi keselamatan dan kesejahteraan negara Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: WordPress/Syahril Kadir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here