VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Samad memuji keputusan terbaharu kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila semua menteri dan timbalan menteri tidak akan mengambil elaun mereka selama tiga bulan.
Ia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘lockdown’ fasa pertama seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.
Shahir yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bahru berkata ia adalah pemotongan elaun tahunan sebanyak 25 peratus dan melebihi potongan 20 peratus elaun menteri kerajaan New Zealand.
“Tak payah kita nak korek-korek sampai ke lain-lain kemudahan yang diterima oleh menteri dan timbalan menteri kita.
“Kita harus ucap tahniah atas pengorbanan elaun mereka sampai 25 peratus elaun tahunan. Tahniah!,” katanya.
Bagaimanapun Shahrir berkata satu perkara mahu ditimbulkan beliau yang membezakan antara Malaysia dan New Zealand.
“Parlimen Malaysia termandul kerana digantung sedangkan Parlimen New Zealand tetap bersidang,” katanya. – Malaysiapost

