Aguero sertai Barcelona

0
3

LEGENDA Manchester City, Sergio Aguero menyertai gergasi Sepanyol, Barcelona melalui perpindahan percuma semalam.

Penyerang Argentina itu diperkenalkan kelab Catalan itu secara rasmi selepas hanya beberapa hari beraksi bersama City dalam kekalahan kepada Chelsea ketika final Liga Juara-Juara di Porto.

Ia juga menandakan kepulangan Aguero ke saingan La Liga selepas lebih 10 tahun meninggalkan Atletico Madrid untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris bersama City.

Menurut Dailymail, pemain berusia 32 tahun itu dilapor menandatangani kontrak selama dua tahun.

Kontraknya dilaporkan sehingga akhir musim 2022-23 yang merangkumi klausa pembelian £86.1 juta.

Aguero bakal bergandingan dengan rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Argentina yang juga legenda Barcelona, Lionel Messi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here