PAS tubuh Tabung Bencana Covid-19

0
3

PAS Pusat hari ini mengambil inisiatif menubuhkan Tabung Bencana Covid-19 PAS Pusat bertujuan membantu semua golongan yang terkesan akibat pandemik itu di negara ini, termasuk petugas barisan hadapan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata penubuhan tabung itu selaras dengan kedudukan PAS sebagai sebuah parti berkebajikan.

Katanya, ia juga diwujudkan dengan penuh rasa kesedaran dan insaf terhadap kesan penularan Covid-19 yang bukan sahaja dari aspek kesihatan, malah kesan terhadap kehidupan ekonomi dan sosial.

“Sebuah Sekretariat Khas ditubuhkan untuk mengendali dan mengurusetia tabung ini iaitu Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Lajnah Kesihatan PAS Pusat dan Khidmat Malaysia (PAS Pusat).

“Bagi menjayakan usaha murni dan Jihadun Nafsi ini, Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri / Wilayah Persekutuan akan bertindak secara sistematik menguruskan Kutipan Dana Tabung berkenaan yang meliputi semua Kawasan, Cawangan, Dewan, Ahli-ahli PAS dan orang awam,” katanya.

Takiyuddin berkata kutipan dana tabung itu boleh disalurkan terus ke akaun: PARTI ISLAM SEMALAYSIA (KHIDMAT MALAYSIA) (Akaun Maybank: 5642 9431 0529) (letakkan ‘Reference’: Tabung COVID PAS PUSAT).

“Pengesahan maklumat sumbangan bolehlah dihantar melalui WhatsApp di talian hotline KHIDMAT MALAYSIA: 011-1540 6625.”

Beliau berkata majlis pelancaran tabung itu akan disempurnakan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man secara maya malam esok. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here