Altimet kurang senang Dr Rafidah persenda kematian 98 pesakit Covid-19

0
3

Nurul Huda Abhar

CATATAN 98 kematian akibat Covid-19 Sabtu lalu, iaitu tertinggi direkodkan sejak wabak itu melanda negara meruntun hati ramai pihak, namun ada juga menjadikannya sebagai bahan jenaka dan sindiran.

Perkara tersebut mendapat reaksi penyanyi rap terkenal, Altimet yang kesal dengan tindakan pihak yang tidak sensitif sehingga menjadikan kematian pesakit Covid-19 sebagai bahan jenaka.

“Jangan melawak pasal rakyat yang dah pergi akibat gejala ini please. Kurang manis, kurang sensitive, kurang minat,” ciapnya di laman Twitter.

Menerusi hantaran itu juga Altimet memuat naik tangkap layar ciapan Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah.

Baru-baru ini nama Dr Rafidah jadi perhatian selepas membuat hantaran di Twitter mempersendakan kematian 98 pesakit Covid-19 yang diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam ciapannya, Dr Rafidah memuat naik hantaran: ‘Tu 98 dikosongkan’ selain menyertakan emoji senyum.

Komen Dr Rafidah itu bagi membalas ciapan seorang pengguna Twitter @mafeitz, yang menulis: “Ok. sudah 99.2% covid ICU bed. Itupun with 98 declared dead today. Endgame. Sudah habis.

Berikutan ciapan itu, rata-rata pengguna laman sosial kurang senang apabila Dr Rafidah menyamakan pesakit Covid-19 yang maut itu dengan 98 katil Unit Rawatan Rapi (ICU) yang telah kosong selepas kematian mereka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here