Jabatan Mufti Perak ucap terima kasih perutusan takziah

0
2

JABATAN Mufti Perak mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang mengutus ucapan takziah berikutan pemergian Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, pihaknya juga merakamkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang membantu menyempurnakan jenazah Allahyarham sehingga selamat dikebumikan.

“Jabatan Mufti juga mengucapkan terima kasih kepada para muslimin dan muslimat yang mengadakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham,” katanya di Facebook, hari ini.

Harussani, 82, meninggal dunia pada 2.45 petang semalam setelah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh kerana positif Covid-19.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat di sini pada jam 6.20 petang.

Urusan pengebumian dijalankan petugas barisan hadapan dan petugas kesihatan yang lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE) sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Kawasan pengebumian juga dikawal anggota polis yang menutup jalan berdekatan tanah perkuburan itu mulai jam 5 petang.

Jabatan Mufti Perak turut menganjur solat jenazah ghaib di rumah masing-masing dan bacaan Yasin secara dalam talian secara langsung di Facebook jabatan berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here