Safawi dan Sumareh ‘bergaduh’, cetus kegelisahan Cheng Hoe

0
3

SKUAD Harimau Malaya dikejutkan dengan insiden pergaduhan yang melibatkan dua pemain tonggak, Mohamadao Sumareh dan Safawi Rasid, semalam.

Kejadian itu berlaku ketika skuad negara sedang menjamu selera di sebuah hotel penginapan mereka.

Rakaman video di Youtube memaparkan insiden tegang kedua-dua pemain itu sehingga bergumpal di lantai yang menyebabkan memaksa campur tangan para pemain untuk meleraikan pergaduhan mereka.

Bagaimanapun suasana tiba-tiba menjadi sebaliknya, semua pemain bolasepak negara kelihatan bergelak ketawa selepas itu.

Rupanya kedua-dua pemain itu telah berpakat dengan rakan sepasukan lain untuk memberikan kejutan kepada Tan Cheng Hoe sempena hari lahir ke 53 ketua jurulatih kebangsaan itu pada 30 Mei.

Ternyata ‘drama’ yang dilakukan oleh Safawi dan Sumareh amat menjadi sehinggakan Cheng Hoe yang pada mulanya kelihatan risau dengan insiden itu akhirnya ketawa ceria apabila menyedari itu adalah satu ‘prank’.

Skuad Harimau Malaya sedang melakukan persiapan akhir dalam memburu slot ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia.

Skuad bolasepak negara yang berada di tangga kedua Kumpulan G akan menentang UAE pada 3 Jun ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here