Lembaga kecil berjubah lengkap serban

0
2

VIDEO lembaga kecil seperti kanak-kanak memakai jubah dan serban serba putih tular di media sosial sejak semalam.

Video berdurasi 18 saat itu dirakam oleh pengguna jalan raya di hadapan Masjid Kongsi, Balik Pulau Pinang kira-kira pukul 11.55 malam, Jumaat lalu.

Menerusi video itu, kelihatan objek pelik tapi menyerupai manusia kenit yang lengkap berjubah putih berada di tepi jalan di kawasan perkampubgan penduduk yabg tidak jauh dari Pekan Kongsi.

Rata-rata netizen keliru sama ada ‘lebai kenit’ adalah manusia, namun tidak mempunyai kaki dan tangan.

Kelibat Lebai Kenit itu di kawasan itu dipercayai bukan kali pertama kerana ada pengguna jalan raya mendakwa pernah terserempak dengannya beberapa kali di kawasan sama.

Tinjauan di media sosial, seorang pengguna mengesahkan perkara itu dan memberitahu, Lebai Kenit sememangnya wujud, namun tidak mengganggu penduduk dan pengguna jalan raya.

Dalam pada itu, seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Shahril, 32, mendakwa, kelibat itu merupakan seorang kanak-kanak yang bermain di tepi jalan bersama dua lagi rakannya.

“Saya dimaklumkan mengenai perkara ini oleh seorang kariah masjid selepas video (kehadiran Lebai Kenit) tular di media sosial.

“Kariah lelaki itu memaklumkan kumpulan kanak-kanak tersebut bermain pada waktu kejadian (video dirakam) kerana tiada kenderaan melalui kawasan berkenaan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya dipetik Kosmo Online, hari ini.

Shahril memberitahu, kumpulan kanak-kanak itu dikatakan memilih bermain pada waktu malam kerana laluan tersebut lengang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here