Polis buru banduan terlepas dari penjara

0
3

POLIS Sibu mengesahkan sedang memburu seorang banduan yang melarikan diri dari Penjara Pusat Sibu di pada tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan termasuk menutup setiap pintu masuk ke daerah ini.

Identiti suspek, kata Stanley, dikenal pasti sebagai Lee Ka Yieng, 49 tahun, dari Sarikei.

“Ketika melarikan diri, dia merupakan pesalah yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan narkotik di Kapit pada November lalu,” katanya, dipetik Sinar Harian, hari ini 

Bagaimanapun Stanley enggan mendedahkan bagaimana suspek dapat meloloskan diri dari penjara tersebut.

Semalam, tular di media sosial bahawa suspek turut merupakan kes positif Covid-19.

Namun, Stanley enggan memberi sebarang ulasan kerana belum mendapat maklumat lanjut mengenainya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here