Dua lelaki dikompaun RM4,000 palsukan dokumen rentas negeri

0
3

CUBAAN dua lelaki merentas negeri dari Kuala Lumpur ke Kelantan dengan menggunakan dokumen palsu menemui padah apabila dikompaun RM4,000.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata lelaki berusia 25 dan 34 tahun yang menaiki sebuah kereta ditahan dalam pemeriksaan di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Bentong menghala ke Kuantan kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

“Ketika diperiksa polis mendapati surat kebenaran tersebut agak meragukan dan disyaki telah dipalsukan oleh kedua-dua lelaki berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati cop dan tandangan ketua polis balai yang telah meluluskan permit tersebut disyaki dipalsukan dan semakan di balai terbabit mendapati nombor siri rentas negeri tidak wujud,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaiham berkata, pihak polis akan terus melakukan pemantauan dan pemeriksaan yang teliti seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang memalsukan dokumen rentas negeri.

Menurutnya, pada tahun ini sahaja seramai tujuh individu telah ditahan kerana didapati memalsukan dokumen rentas negeri dalam pemeriksaan di SJR Tol Bentong arah ke Kuantan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here