
KERAJAAN hari ini memaklumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti berikutan terdapat peningkatan kes Covid-19 hasil saringan Kementerian Kesihatan (KKM).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD itu untuk mengawal pergerakan penduduk di semua kawasan, seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti lain.
Pelaksanaan PKPD tersebut bermula dari 31 Mei sehingga 13 Jun 2021.
Berikut adalah senarai lokaliti terbabit:
- Tiga kawasan perumahan, Mukim Juasseh , Kuala Pilah, Negeri Sembilan. (Taman Desa Permai) (Rumah Rakyat Juasseh) (Taman Sri Juasseh)
- Felda Sahabat 40 (Kampung Kembara Sakti), Mukim Tungku, Lahad Datu, Sabah.
- Tiga rumah panjang, Ulu Sungai Sebakong, Mukah, Sarawak. (Rumah Panjang Rimong anak Kilat) (Rumah Panjang Asin anak Aji) (Rumah Panjang Bija anak Unggang)
- Kampung Padawan, Papar, Sabah. – Malaysiapost
