Covid-19: Lokaliti dikenakan PKPD terus meningkat

0
1
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

KERAJAAN hari ini memaklumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti berikutan terdapat peningkatan kes Covid-19 hasil saringan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD itu untuk mengawal pergerakan penduduk di semua kawasan, seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti lain.

Pelaksanaan PKPD tersebut bermula dari 31 Mei sehingga 13 Jun 2021.

Berikut adalah senarai lokaliti terbabit:

  1. Tiga kawasan perumahan, Mukim Juasseh , Kuala Pilah, Negeri Sembilan. (Taman Desa Permai) (Rumah Rakyat Juasseh) (Taman Sri Juasseh)
  2. Felda Sahabat 40 (Kampung Kembara Sakti), Mukim Tungku, Lahad Datu, Sabah.
  3. Tiga rumah panjang, Ulu Sungai Sebakong, Mukah, Sarawak. (Rumah Panjang Rimong anak Kilat) (Rumah Panjang Asin anak Aji) (Rumah Panjang Bija anak Unggang)
  4. Kampung Padawan, Papar, Sabah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here