2,786,152 individu sudah terima vaksin

0
2
Petugas mencucuk vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

SERAMAI 2,786,152 individu sudah menerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi hantaran Twitter memaklumkan jumlah itu membabitkan seramai 1,771,810 penerima dos pertama dan 1,014,342 penerima yang sudah melengkap dua dos vaksin terbabit.

Berdasarkan infografik yang dimuat naik, Kuala Lumpur menjadi negeri tertinggi yang menerima suntikan dos pertama iaitu 292,563 dan seramai 94,397 bagi dos kedua diikuti Selangor (244,631 dos pertama dan 138,063 dos kedua) serta Sarawak (179,903 dos pertama dan 96,450 dos kedua).

Selain itu, Perak mencatatkan 146,322 dos pertama dan 90,882 dos kedua disusuli Johor (153,835 dos pertama dan 88,240 dos kedua), Sabah (130,635 dos pertama dan 81,501 dos kedua), Kedah (105,719 dos pertama dan 64,004 dos kedua).

Pahang pula merekodkan 99,966 dos pertama dan 72,572 dos kedua, Pulau Pinang (87,370 dos pertama dan 71,166 dos kedua), Kelantan (81,484 dos pertama dan 48,518 dos kedua), Negeri Sembilan (72,262 dos pertama dan 50,817 dos kedua), Terengganu (69,400 dos pertama dan 42,817 dos kedua).

Melaka (44,974 dos pertama dan 34,487 dos kedua), Perlis (28,012 dos pertama dan 18,930 dos kedua), Putrajaya (20,964 dos pertama dan 10,835 dos kedua) serta Labuan (13,770 dos pertama dan 10,663 dos kedua).

Jumlah pendaftaran untuk PICK adalah seramai 11,788,915 bersamaan 48.6 peratus dengan Selangor kekal merekodkan angka tertinggi sebanyak 3,159,392. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here