Fazura tak mahu orang ramai ikut ‘Mak Teh’ viral

0
2

PELAKON Fazura, 37, mengingatkan orang ramai agar mengambil vaksin Covid-19 dan mendaftar bagi mendapatkan suntikan kepada mereka yang belum lagi berbuat demikian.

Pesanan tersebut disampaikan pelakon ‘Dendam Pontianak’ itu menerusi hantaran di Instagramnya, hari ini.

“Jadi, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, patuhilah prosedur operasi standard (SOP) untuk bantu petugas barisan hadapan. Ambil suntikan vaksin jika sudah mendaftar dan sila mendaftar kepada yang belum.

“Jaga kesihatan diri dan keluarga serta bantu peniaga kecil. Bersama kita lindungi diri daripada virus Covid-19,” tulisnya dalam hantaran itu.

Dalam hantaran sama, pelakon itu juga turut menyampaikan mesej kesedaran tentang pengambilan vaksin dalam bentuk coretan kisah mengenai Mak Teh yang tular baru-baru ini.

Cerita pendek itu mengenai Mak Kiah yang mengamuk dengan Mak Teh menyebarkan berita palsu mengenai keburukan vaksin.

“Tolong doakan Mak Teh sedar diri dan selamat daripada Mak Kiah,” ujarnya.

Baru-baru ini, tular klip audio suara yang memperkenalkan dirinya sebagai Mak Teh menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam klip tersebut, Mak Teh didakwa menyebarkan berita palsu mengenai keburukan pengambilan vaksin

Rakaman tersebut dikecam hebat netizen kerana dikatakan sengaja ingin menakutkan rakyat negara ini untuk mengambil vaksin. – Malaysiapost

Foto Kredit: missfazura/IG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here