PH kemuka 7 syarat sebelum laksana total lockdown

0
2
Foto Kredit: Shafwan Zaidon/Malay Mail

JAWATANKUASA Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH) mahu kerajaan melaksanakan tujuh syarat bagi membantu rakyat ketika pelaksanaan ‘total lockdown’ bermula Selasa ini.

Dalam kenyataan bersama jawatankuasa itu, berkata pihaknya menyokong keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown bermula 1 hingga 14 Jun ini.

“Jawatankuasa mengambil pendirian yang konstruktif dengan menyokong keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ( total lockdown) Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari dari 1 Jun sehingga 14 Jun 2021,” kata kenyataan itu.

Mereka berkata, persetujuan itu dicapai dengan tujuh syarat yang perlu dipenuhi kerajaan termasuk memberi bantuan ‘one off’ kepada golongan B40 dan M40.

Jawatankuasa itu juga mahu kerajaan melaksanakan moratorium pinjaman bank selama tiga bulan, memberi rebat TNB, memastikan bekalan barangan keperluan harian mencukupi.

“Selain itu, kerajaan juga perlu memastikan harga barang keperluan tidak naik, memastikan penghantaran barang keperluan ke destinasi dan memberi bantuan bakul makanan sampai kepada rakyat memerlukan,” katanya.

Kenyataan bersama itu membabitkan, Hassan Abdul Karim (PKR), Datuk Hassanuddin Mohd Yunus (Amanah), Chong Chieng Jen (DAP), Natrah Ismail (PKR), N Sivakumar (DAP), Chan Foong Hin (DAP) dan Cha Kee Chin (DAP).

Semalam, kerajaan mengumumkan pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.

Perkara itu diputuskan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri petang semalam. – Malaysiapost

Foto Kredit: Shafwan Zaidon/Malay Mail

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/05/29/zahid-saran-total-lockdown-dilanjut-21-hari-2/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here