Muhammad Mustakim Ramli
SEJAK malam tadi keadaan lebuh raya pantai timur sudah mengalami kesesakan disebabkan aliran trafik yang tinggi dari Plaza Tol Gombak hingga ke Karak.
Berdasarkan semakan di aplikasi Waze, kesesakan dari Tol Gombak ke Rehat dan Rawat (RnR) Genting Sepah mengambil masa sejam walaupun jarak hanya 28 kilometer.
Manakala berdasarkan semakan di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada jam 10.45 pagi tadi kenderaan bergerak secara perlahan dari arah Gombak menuju ke Pantai Timur.
Kesesakan itu susulan warga kota mengambil peluang pulang ke kampung halaman masing-masing kerana cuti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos jatuh pada hari Isnin ini. -Malaysiapost


