Barang keperluan cukup, tak perlu pembelian panik – KPDNHEP

0
2
{"uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1622263731820","source":"other","origin":"unknown"}

Nilam Oshman

RAKYAT dinasihatkan tidak melakukan pembelian panik susulan pengumuman kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau total lockdown bermula Selasa ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid, berkata pihaknya memberi jaminan bahawa barang keperluan mencukupi dan menasihatkan orang ramai membuat pembelian mengikut keperluan masing-masing.

Beliau berkata, KPDNHEP sentiasa membuat pemeriksaan untuk memastikan bekalan barangan asas seperti beras, gandum, gula, cecair pencuci tangan dan pelitup muka tidak terputus.

“Setakat ini bekalan barangan keperluan mencukupi. Justeru, rakyat tak perlu bimbang dan tak perlu ‘panic buying’ kerana kita sudah ada pengalaman PKP 1.0 dulu.

“Jadi, beli ikut keperluan sebab kita masih boleh keluar dan barang mencukupi serta pegawai KPDNHEP ada di lapangan sepanjang masa,” katanya kepada Malaysiapost.

Terdahulu, tular di media sosial, orang ramai mula menyerbu pasar raya dan pasar basah seawal jam 8 pagi tadi susulan pengumuman kerajaan melaksanakan PKP penuh, Selasa ini.

Difahamkan, kebanyakan kawasan pasar basah dan pasar raya seluruh negara dipenuhi orang ramai yang beratur panjang seawal pagi untuk mendapat bekalan barang menjelang PKP.

Sementara itu, Rosol berkata, orang ramai diingatkan bahawa kemasukan ke pasar hanya dihadkan dua jam sahaja bagi mengurangkan risko jangkitan Covid-19.

Beliau berkata, orang ramai juga dinasihatkan agar tidak keluar rumah selain memanfaakan pembelian dalam talian bagi membantu kerajaan menangani penularan Covid-19

“Jadi, berilah kerjasama kerana peningkatan kes Covid-19 berlaku adalah kerana kedegilan semua,” katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan malam ini berkata, menerusi total itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas MKN Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here