Pakar perubatan pelbagai disiplin dimobilisasi rawat pesakit Covid-19

0
3
PUTRAJAYA, 2 April -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 208 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 3,116 kes dan terdapat 5 kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 50 kes. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

JIKA keadaan peningkatan kes Covid-19 berterusan, lebih ramai lagi pakar perubatan lain-lain disiplin terpaksa dimobilisasikan bagi membantu perawatan pesakit Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keadaan itu terpaksa dilakukan bagi menampung pertambahan kes Covid-19.

Beliau turut berkongsi keadaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Kedah yang sudah melaksanakan langkah mobilisasi anggota perubatan serta wad ditukar fungsi bagi tujuan berkenaan.

“Akibat peningkatan mendadak kes Covid-19 di Kedah, pembedahan dan prosedur elektif telah lama ditangguhkan.

“Ini telah dapat mengurangkan penggunaan katil untuk kes pembedahan serta membolehkan lebih banyak wad ditukar fungsi (repurpose) untuk dijadikan wad merawat pesakit Covid-19.

“Pada masa yang sama, anggota perubatan di lain-lain disiplin dapat dioptimakan sebagaimana yang telah diarahkan melalui surat Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 7 Mei yang lalu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam ini.

Dr Noor Hisham turut berkongsi gambar menunjukkan Pakar Bedah Am dan Pakar Bedah Ortopedik, HSB sedang merawat pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSB.

Menurutnya, walaupun doktor-doktor berkenaan adalah pakar bedah, namun mereka telah ditempatkan secara sementara oleh pihak hospital dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah bagi membantu perawatan pesakit Covid-19 dan pesakit bukan Covid-19 di hospital tersebut.

“Walaupun kes tidak melibatkan masalah berkaitan pembedahan. Jika keadaan ini berterusan, maka lebih ramai lagi pakar dari lain-lain disiplin terpaksa dimobilisasikan bagi menampung pertambahan kes Covid-19.

“Semoga kita terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP), ‘lockdown’ kendiri di rumah supaya rantaian jangkitan Covid-19 di negeri Kedah dan lain-lain negeri di Malaysia akan dapat diputuskan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here