‘Black Panther’ meninggal dunia

0
3

PELAKON adiwira Black Panther, Chadwick Boseman meninggal dunia akibat kanser kolon.

Mendiang yang berusia 43 tahun dilaporkan berada bersama isteri dan ahli keluarganya sewaktu menghembuskan nafas yang terakhir.

Agensi berita AP melaporkan, kematian pelakon berasal dari Amerika Syarikat itu disahkan wakil keluarga mendiang, Nicki Fioravante.

Sebelum ini media melaporkan, Boseman telah disahkan menghidap kanser kolon kira-kira empat tahun yang lalu.- Malaysiapost