Muhammad Mustakim Ramli
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super apabila menewaskan Pahang 3-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.
Gol pertama JDT dijaringkan Leandro Velazquez pada minit ke-5 dan disusuli gol kedua 10 minit kemudian menerusi pemain muda, Ramadhan Saifullah.
Tok Gajah dilihat cuba memperbaiki permainan dan mula mengasak kubu pelawat, bagaimapun JDT terus gah menerusi gol ketiga menerusi penalti yang yang disempurnakan Gonzalo Cabrera pada minit ke-35 selepas Ramadhan dikasari Herold Goulon.
Pahang cuba bangkit meneurusi gol Faisal Halim pada minit ke-40 dan Herold Goulon pada minit akhir separuh masa pertama.
Kedua-dua pasukan bagaimanapun gagal menemui sentuhan gol pada separuh masa kedua.
Sementara itu, dalam dua lagi aksi Liga Super, malam tadi turut menyaksikan dua lagi tuan rumah kalah pada lawan masing-masing.
Di Ipoh, Perak tunduk 0-1 Kepada Melaka United menerusi jaringan tunggal Muhammad Ferris Danial Mat Nasir.
Manakala di Jengka, Felda United kalah kepada UiTM juga 0-1 menerusi gol Mark Hartmann.- Malaysiapost

