Wanita maut, ibu bapa cedera kenderaan terjatuh dari jambatan lebuhraya

0
2

SEORANG wanita maut, manakala ibu bapanya cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 yang mereka naiki terbabas dan terjatuh dari jambatan di Kilometer 313.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, Tapah, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Kedah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan dan telah melanggar besi penghadang jalan sebelah kiri sebelum terjatuh ke bawah jambatan.

“Justeru, pemandu V V Kunalan, 59, mengalami cedera ringan di dada dan isterinya M Nirmala Devi, 56, yang duduk di bahagian penumpang hadapan cedera parah di kepala.

“Manakala anak mereka, V K Yuvabarathi, 24, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, katanya, Yuvabarathi yang dibawa ke HRPB disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.35 petang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here