Hospital Selayang pula sedia kontena khas simpan mayat Covid-19

0
2

PENINGKATAN kes kematian terutama akibat Covid-19 menyebabkan Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan jenazah atau mayat pesakit wabak itu.

Sebelum ini, Hospital Sungai Buloh juga terpaksa menyediakan kontena khas itu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata kontena khas disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang itu boleh menempatkan 20 mayat tambahan memandangkan peti jenazah atau mayat di hospital itu sentiasa penuh.

“Kematian akibat Covid-19 di negara kita semakin hari semakin bertambah terutama di Lembah Klang.

“Setakat hari ini, 2,491 orang telah menjadi mangsa virus ini termasuk 59 kematian baharu,” katanya dalam hantaran di Facebook, malam tadi.

Pada 16 Mei lalu, KKM memaklumkan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah atau mayat yang meninggal dunia kerana Covid-19.

KKM berkata, lebih 80 peratus kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini adalah daripada golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi.

“Kebanyakan mereka mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here