LRT laluan Kelana Jaya dijangka beroperasi esok

0
2

KERJA pembaikan serta pembersihan di lokasi kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) selesai dilakukan petang tadi dan operasi laluan Kelana Jaya itu dijangka beroperasi esok.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata sesi pengujian awal sedang dijalankan bagi memastikan sistem dan peralatan dalam keadaan baik.

“Pengujian akhir akan dijalankan pada waktu kejuruteraan iaitu setelah tamat waktu perkhidmatan LRT hari ini, pada lewat malam.

“Pengujian ini akan disaksikan pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan kelulusan penggunaan landasan akan diberikan setelah disahkan selamat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, petang tadi.

Ka Siong berkata kedua-dua tren LRT Laluan Kelana Jaya yang terlibat dalam kemalangan itu telah berjaya dibawa keluar awal pagi tadi.

Katanya, beliau menerima laporan daripada Team Recovery Rapid Rail pada jam 5.24 pagi tadi berkenaan perkara terbabit.

Dalam insiden Isnin lalu, sekurang-kurangnya 47 penumpang dilaporkan cedera parah dalam perlanggaran dua tren LRT, masing-masing dari arah Gombak dan Kelana Jaya.

Kedua-dua tren dilaporkan bertembung kira-kira jam 8.45 malam di antara stesen Kampung Baru dan KLCC. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here