Pasangan selebriti ingkar SOP ziarah Aidilfitri dikompaun RM2,000

0
2

PASANGAN selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza dikenakan kompaun masing-masing RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan aktiviti ziarah Aidilfitri baru-baru ini.

Turut dikompaun adalah bekas isterinya, selebriti Abby Abadi dan suami, Muhammad Faizal Zakaria juga masing-masing RM2,000 kerana pelanggaran SOP sama.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata pihaknya menerima arahan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mengeluarkan kompaun berkenaan terhadap keempat-empat individu terbabit.

“Kesemua individu itu telah ditawarkan kompaun sebanyak RM2,000,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sebelum ini, tular di media sosial gambar keluarga selebriti berkenaan yang didakwa melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan ziarah Aidilfitri di kediaman mereka di Hulu Kelang membabitkan kira-kira 13 individu.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak memaklumkan, pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan kes terbabit.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 (P.U.(A) 225/2021). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here