Solat berjemaah dulu sebelum kompaun

0
3

SEKUMPULAN anggota polis menunaikan solat berjemaah di sebuah masjid sebelum mengeluarkan kompuan terhadap jemaah yang tidak memakai pelitup muka.

Menjelaskan mengenainya, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata anggota polis mengeluarkan dua kompaun masing-masing RM1,500 terhadap dua jemaah Masjid Tengku Menteri, Matang dan Masjid Ar Rahmaniah, Kampung Matang Gelugor di Taiping, malam tadi.

Osman berkata kompaun itu dikeluarkan berikutan kedua-dua jemaah masjid tersebut tidak memakai pelitup muka ketika solat dan ketika berada dalam kawasan masjid, lapor Harian Metro.

“Dalam operasi dijalankan Pejabat Agama Daerah Taiping dan disertai sepasukan anggota polis di Masjid Tengku Menteri, seramai 27 jemaah sedang menunaikan solat Maghrib dan pemeriksaan dapati seorang jemaah itu tidak memakai pelitup muka.

“Hasil temubual lelaki itu mengaku secara lisan sengaja tidak memakai pelitup muka manakala pemeriksaan di Masjid Ar Rahmaniah mendapati seorang lelaki tidak memakai pelitup muka dalam masjid.

“Susulan itu kedua-duanya yang berusia 74 dan 57 tahun dikompaun masing-masing RM1,500 di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Didalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 (P.U.(A) 225/2021),” katanya.

Osman turut mengesahkan gambar tular beberapa anggota polis solat di barisan belakang jemaah di sebuah masjid yang dirakam ketika operasi tersebut. – Malaysiapost

Foto Kredit: Info Roadblock JPJ/POLIS/FB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here