AHLI Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman diminta mengumumkan segera untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara itu dinyatakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi.
Ia susulan pemecatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana melalui surat ditandatangani Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, semalam.
“Tunggu apa lagi Dato Tajuddin Abdul Rahman. Kamu sudah dipecat sebagai Pengerusi Prasarana. Umum segera “TARIK SOKONGAN” terhadap Tan Seri Muhyiddin Yassin. #TakutApaLagi,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.
Semalam, menerusi surat bertarikh 26 Mei 2021 yang ditandatangan oleh Zafrul, perkhidmatan Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana ditamatkan serta-merta.
Jurucakap media Kementerian Kewangan telah mengesahkan perkara berkenaan.
Bagaimanapun tidak dinyatakan alasan serta sebab kontrak Tajuddin ditamatkan. -Malaysiapost
Artikel berkaitan

