‘Alhamdulillah dan terima kasih kepada menteri’ – Tajuddin

0
2

DATUK Seri Tajuddin Abdul Rahman mengucapkan ‘terima kasih’ kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) serta merta.

Tajuddin berkata, beliau telah menerima surat penamatan khidmatnya daripada Tengku Zafrul petang tadi.

“Saya sudah dapat surat. Baru terima petang tadi. Dia hantar surat, saya terima.

“Saya ucap Alhamdulillah dan terima kasih kepada menteri,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Sementara itu, Tajuddin memberitahu akan membuat satu kenyataan berkenaan penamatan khidmatnya itu.

“Saya akan buat kenyataan kemudian. (Penamatan ini) bagi saya tidak mendesak sangat,” katanya.

Tajuddin dikritik hebat sejak semalam, selepas didakwa tidak serius dan berjenaka semasa sidang media berhubung kemalangan tren LRT Kelana Jaya di Stesen KLCC.

Beliau turut disiasat polis kerana tidak memakai pelitup muka ketika membuat tinjauan di lokasi kejadian dan semasa sidang media.

Lewat petang tadi, khidmat Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana ditamatkan serta-merta.

Jurucakap media Kementerian Kewangan mengesahkan perkara itu selepas surat bagi memaklumkan penamatan kontrak Ahli Parlimen Pasir Salak terbabit tular di media sosial. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here