Pemilik restoran dikompaun RM10,000, benar pelanggan minum di premis

0
2

PADAH membenarkan pelanggan singgah minum di dalam premis, seorang pengusaha restoran di Pekan Tanjong Karang, Selangor dikompaun RM10,000.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, tindakan kompaun itu dilakukan selepas gambar seorang pelanggan sedang minum di restoran itu tular di media sosial semalam.

“Polis mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari semalam.

“Justeru, kompaun RM10,000 dikenakan kepada pemilik restoran, manakala pelanggan dikompaun RM2,000 atas kesalahan di bawah Peraturan 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, masyarakat diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita perlu bersama-sama memerangi dan berganding bahu dalam memutuskan rangkaian Covid-19,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here