Semakin banyak kawasan kena PKPD

0
2

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di tiga lokaliti di Perak, Johor dan Sarawak, berkuatkuasa 27 Mei sehingga 9 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Mukim Bagan Serai, Kerian, Perak.

Sehingga hari ini, katanya sebanyak 53 kes positif Covid-19 direkodkan di lokaliti tersebut hasil 144 ujian saringan dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

“KKM juga mendapati kes semasa bertaburan dalam mukim dan tidak tertumpu dalam satu lokaliti atau kawasan dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Di Johor, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Felda Redong 1, Mukim Labis, Segamat.

“Sehingga kini, KKM melaksanakan 361 ujian saringan dan 67 daripadanya disahkan positif Covid-19.

“KKM juga mendapati kes telah menular ke seluruh lokaliti tersebut dengan kadar kebolehjangkitan masih tinggi,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, KKM melaporkan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di Daro, Sarawak yang melibatkan Rumah Panjang Isa Anak Blone, Rumah Panjang Ben Anak Kuleng.dan Sekolah Kebangsaan Telok Gelam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here