SEMPENA sambutan Hari Wesak esok, kerajaan telah menetapkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti di rumah ibadat dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Berikut adalah SOP sambutan Hari Wesak yang telah dikemas kini oleh Kementerian Perpaduan Negara pada 24 Mei 2021:
- Kehadiran hanya melibatkan ketua agama (sami) dan 10 orang AJK sahaja
- Hanya satu sesi sahaja dibenarkan bermula jam 6 pagi hingga 2 petang
Sementara itu, aktiviti yang tidak dibenarkan ialah:
- Perarakan kenderaan berhias Buddha
- Merentas negeri serta daerah
Gambar sekadar hiasan.

