Aiman Hanif
PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak membantu kempen calon Bebas yang disokong Pejuang, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Slim.
Sebaliknya menurut laporan Ilham Centre, Amanah dan DAP begitu menonjol berkempen untuk calon parti Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
“Pakatan Harapan (PH) tidak berkempen dengan penuh kekuatan mereka. Paling ketara ialah PKR, kelibat Presiden PKR Anwar Ibrahim langsung tidak kelihatan membantu kempen di sini.
“Walaupun Dun Slim berada di bawah Parlimen Tanjung Malim yang diwakili oleh Ahli Parlimen PKR sendiri iaitu Chan Lih Kang,” kata laporan kajian badan itu.
Umum mengetahui hubungan antara Anwar dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dingin selepas kejatuhan kerajaan PH.
Ia susulan perebutan jawatan Perdana Menteri apabila Dr Mahathir tidak mahu mencalonkan Anwar sebagai calon bagi jawatan nombor satu itu.
Sebaliknya menamakan Ketua Menteri Besar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri PH Plus.
Perkara itu juga turut dipersetujui pemimpin DAP dan Amanah.
PRK Slim menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon BN, Mohd Zaidi Aziz, Amir Khusyairi dan sorang lagi calon Bebas Santharasekaran Subramaniam.
“Hanya Setiausaha Agung PKR dan beberapa
pimpinan pertengahan turun membantu kempen calon Pejuang,” kata kajian itu lagi.
“Namun begitu, persoalan berikutnya muncul adakah pengundi di kalangan penyokong PKR akan mengundi calon parti yang berseteru dengan presiden mereka. – Malaysiapost

