Aiman Hanif
MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan supaya kasino di Genting Highlands ditutup, selepas tidak menyedari bahawa ia masih beroperasi.
Namun, malangnya tindakan yang diambil atas dasar tanggungjawab bagi memastikan rakyat mematahui standard prosedur operasi (SOP) dan menyekat penularan wabak Covid-19 telah disalah tafsir pengguna media maya.
Malah, beliau menjadi sasaran sesetengah pihak apabila mengkritik Ismail Sabri berhubung kegagalan menutup operasi kasino di Genting Highlands.
Sedang menteri kanan berkenaan bukanlah menteri yang diamanahkan untuk memantau aktiviti kasino, sebaliknya beliau hanya menjadi jurucakap kepada keputusan yang dicapai melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ismail Sabri adalah Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab menjaga Angkatan Tenteran Malaysia (ATM).
Manakala aktiviti kasino adalah di bawah bidang Kementerian Kewangan.
Namun, ada pihak tertentu erana buta menyerang Ismail Sabri berhubung isu penutupan kasino berkenaan.
Untuk rekod Ismail Sabri mengarahkan kasino Genting Highlands ditutup selepas menyedari pusat perjudian itu masih beroperasi.
“Saya tidak tahu kasino beroperasi sebelum ini. Saya telah memerintahkan penutupan mereka semalam (Jumaat),” katanya seperti dilapor The Vibes.
Manakala, Malaysiakini telah menghubungi Ismail dan pegawainya yang meminta untuk merujuk kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai perkara itu.
Pada 7 Mei, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 16 daripada 28 pelancong dari Alor Setar yang mengunjungi Genting Highlands positif Covid-19.
Mereka menaiki dua bas dalam perjalanan dari 22 April hingga 24 April, yang diatur oleh syarikat pelancongan berdaftar di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Berdasarkan dua laporan artikel asal, pihak terbabit sepatutnya menyoal isu ini bukan saja kepada Kementerian Kewangan, tetapi juga Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.- Malaysiapost

