AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) kerajaan membenarkan premis perniagaan beroperasi namun pada masa sama menggalakkan rakyat kuarantin kendiri.
Beliau berkata, keadaan itu sekali gus menyebabkan pemilik perniagaan terpaksa membayar sewa premis walaupun tiada pelanggan kerana ia termaktub dalam kontrak.
“Memanglah bila lockdown kendiri, lagi sepi lagi bagus. Tapi kedai tetap kena bukak walau tak ada pelanggan. Ini kontrak, bayar sewa pun seperti biasa. Susah nak runding.
“Nak tahu, mall mana yang laris sekarang?,” tulisnya dalam hantaran Facebook hari ini.
Ahmad Shabery berkata, beliau menyedari bukan mudah untuk menjadi kerajaan kerana semua perkara yang diputuskan menjadi ‘serba tak kena’.
“Ini tak termasuk citer kedai kopi kampung. Nelayan nak ke laut pukul 5-6 pagi. Tak pekena kopi dengan roti canai tak semangat. Esok kedai bukak 8 pagi.
“Tu lah. Bukan senang nak jadi kerajaan.Serba tak kena. Tak kan nak tukar SOP lagi?,” soalnya.
Sementara itu, dalam hantaran berasingan, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu turut meluahkan kekecewaan dengan kes jangkitan baharu semalam yang hampir mencecah 7,000 kes.
“Dulu igauan kita takut jadi seperti India. Kini jumlah jangkitan per juta rakyat sudah melebihi India,” tulisnya. – Malaysiapost

