Covid-19 makin serius, bukti ketidakmampuan kerajaan – Zahid

0
3
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pandemik Covid-19 yang semakin serius di negara ini adalah disebabkan ketidakmampuan kerajaan membendungnya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, berkata beliau berharap rakyat akan terus tabah menghadapi cabaran ini serta tetap cekal dan teguh hati mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

“Sebagai umat Islam Malaysia kita juga bersyukur sejak sekian lama hidup dalam negara yang aman. Selama berpuluh tahun kerajaan Barisa Nasional (BN) berjaya membentuk Malaysia sebuah negara harmoni.

“Tetapi ini tidak sepatutnya menjadikan umat Islam leka tentang ketaqwaan. Keamanan yang dinikmati itu sebaliknya menambah ketaqwaan kita kepada Allah SWT,” katanya dalam hantaran Facebook.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyeru umat Islam di negara ini mencontohi perjuangan rakyat Palestin dalam mendepani Covid-19.

Beliau berkata, pelbagai istilah boleh dikaitkan dengan perjuangan umat Islam Palestin termasuk ketabahan, kebe­ranian, kecekalan dan keteguhan hati.

“Tetapi istilah paling cocok dalam mengambarkan tentang mereka adalah ketaqwaan. Ketaqwaan punca mereka terus tabah, berani, cekal dan teguh hati menentang kezaliman rejim zionis.

“Kita umat Islam Malaysia boleh mencontohi ketaqwaan itu dalam berdepan ancaman Covid-19. Covid-19 yang telah mengorbankan ramai rakyat Malaysia dan menyakiti yang lain,” katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, umat Islam di negara itu juga disaran supaya mengamalkan sepenuh hati agar negara terlepas daripada pandemik itu.

Semalam, Malaysia melaporkan sebanyak 6,976 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan 512,091 kes direkodkan sejak wabak itu melanda negara.

Jumlah yang dicatatkan semalam adalah yang tertinggi pernah direkodkan negara dan ia juga hari keempat berturut-turut kes harian melebihi 6,000. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/05/23/covid-19-sikit-lagi-nak-cecah-7000-kes/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here