PKPD: Bantuan RM2.38 juta kerajaan Perak untuk golongan miskin, B40

0
3

KERAJAAN Perak memperuntukan RM2.38 juta untuk membantu rakyat terutama golongan miskin dan B40 yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pejabat Menteri Besar Perak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sebanyak RM1.2 juta akan disalurkan kepada empat Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang terbabit dalam PKPD.

Ia merangkumi masing-masing RM400,000 untuk PDT Kinta serta PDT Larut Matang dan Selama, manakala RM200,000 untuk PDT Hulu Perak dan PDT Muallim.

“Sejumlah RM1.18 juta pula membabitkan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada 59 pejabat pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak bagi kemudahan menjalankan pengurusan menangani Covid-19 di kawasan masing-masing,” kata kenyataan itu.

Bantuan itu diumumkan Menteri Besarnya, Datuk Saarani Mohamad ketika mengadakan pertemuan dengan semua ADUN Perak secara maya, hari ini.

“Walaupun SOP PKPD kali ini lebih longgar dengan aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi, namun Saarani mahu semua PDT serta agensi berkaitan membuat pemantauan bagi memastikan rakyat yang terjejas dapat dibantu segera,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here