MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Abaka, Ladang Table, Tawau, Sabah, berkuatkuasa 25 Mei hingga 7 Jun ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, terdapat 37 kes positif Covid-19 telah direkodkan hasil daripada 135 ujian saringan yang telah dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM) .
“KKM juga mendapati berlaku peningkatan kes yang amat ketara dalam masa yang singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di lokaliti ini dari 25 Mei hingga 7 Jun ,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Malaysiapost

