Covid-19: Sikit lagi nak cecah 7,000 kes

0
2

MALAYSIA melaporkan sebanyak 6,976 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan keseluruhan 512,091 kes direkodkan sejak wabak itu melanda negara.

Jumlah yang dicatatkan hari ini adalah yang tertinggi pernah direkodkan negara dan ia juga hari keempat berturut-turut kes harian melebihi 6,000.

Selangor terus menjuarai carta kes harian tertinggi iaitu dengan 2,235 jangkitan, diikuti Sarawak (663), Kelantan (626), Johor (549), Kuala Lumpur (447), Negeri Sembilan (434) dan Kedah (422).

Selain itu Pulau Pinang (372), Perak (279), Terengganu (266), Pahang (263), Melaka (209), Sabah (136), Labuan (37), Putrajaya (30) dan Perlis dengan lapan kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here