Tiada monopoli vaksin Covid-19 – Ismail Sabri

0
1

TIDAK timbul isu Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga), memonopoli pasaran atau bekalan vaksin Covid-19 di Malaysia kerana syarikat itu hanya membekalkan vaksin Sinovac.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dakwaan pelbagai pihak termasuk pembangkang mengenai syarikat itu memonopoli pasaran vaksin adalah tidak benar.

“Jadi kalau ada pihak termasuk Ketua Pembangkang yang mengatakan Pharmaniaga memonopoli semua bekalan vaksin adalah tidak betul.

“Pharmaniaga hanya membekalkan vaksin daripada Sinovac sahaja,” katanya dalam sidang media selepas melawat kilang Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd hari ini.

Turut sama dalam sidang media itu adalah Pengarah Urusan Pharmaniaga, Datuk Zulkarnain Md Eusope.

Ismail Sabri turut memaklumkan, setakat ini Sinovac adalah satu-satunya vaksin di dunia yang disahkan halal.

Sementara itu, Zulkarnain berkata hanya Pharmaniaga dilantik sebagai pembekal vaksin Sinovac di Malaysia dan segala urusan berkaitan vaksin itu perlu melalui Pharmaniaga.

“Jadi tolong jangan percaya dengan berita mengenai ada pembekal lain boleh membekalkan vaksin berkenaan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya memenuhi keperluan vaksin Sinovac untuk Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu, sebelum membekalkan kepada pihak lain termasuk kerajaan negeri Selangor.

Menurutnya, Pharmaniaga mampu meningkatkan pengeluaran hingga empat juta botol vaksin Sinovac sebulan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here