Remaja kahwin wanita 71 tahun

0
3

MEMANG cinta itu buta. Itulah yang dibuktikan pasangan suami isteri di Amerika Syarikat yang bahagia melayari bahtera rumah tangga mereka meskipun perbezaan umur hampir 54 tahun.

Menerusi aplikasi Tiktok, pasangan yang dikenali sebagai Gary Hardwick dan isterinya, Almeda sering memuat naik video kehidupan mereka yang bahagia di Maryville.

Menurut Gary, cinta memang tidak mengenal usia, dia telah berkahwin dengan Almeeda enam tahun lalu ketika usianya 17 tahun, manakala isterinya 71 tahun selepas bertemu di majlis pengebumian anak wanita itu, Robert.

Pada ketika itu, Almeda masih mengalami tekanan selepas suaminya yang dikahwini selama 43 tahun meninggal dunia akibat kencing manis, manakala Gary pula sedang mengalami masalah dengan teman wanita.

Almeda berkata, sinar kebahagiaan akhirnya muncul selepas bertemu dengan Gary ketika meratapi pemergian anak lelakinya di tanah perkuburan berkenaan.

“Suami saya meninggal dunia pada 2013 selepas tujuh bulan terlantar sakit di hospital.

“Sejak itu hidup saya gelap. Saya mencari diri saya dan mencari teman hidup.

“Namun, kali pertama melihat Gary tersenyum, ia membuatkan saya rasa macam saya muda semula. Saya tahu dialah jodoh saya,” katanya.

Pasangan itu kerap berkongsi perkembangan dan gambar terkini mereka bersama lebih 65,000 pengikut mereka di TikTok. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here