Saringan Covid-19 percuma di Petaling, Klang mulai Isnin

0
2
Petugas-petugas barisan hadapan melakukan ujian saringan kepada orang ramai yang hadir di Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

SARINGAN komuniti Covid-19 percuma yang dilancarkan kerajaan Selangor akan diteruskan lagi di dua daerah membabitkan Petaling dan Klang mulai 24 hingga 30 Mei.

Kawasan terlibat ialah Taman Medan, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Bandar Utama, Bukit Lanjan, Paya Jaras, Kota Damansara, Kota Anggerik dan Batu Tiga.

Sementara di Klang meliputi Meru, Sementa, Selat Klang, Bandar Baru Klang dan Pelabuhan Klang.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menggalakkan orang ramai mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk dengan Selamat (SELangkah) bagi memastikan proses saringan lancar.

“Saringan Covid-19 percuma untuk warga Selangor akan diteruskan mengikut tarikh dan lokasi berikut.

“Bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan kesesakan, daftar dengan aplikasi SELangkah, tekan butang Sihat dan pilih pendaftaran saringan,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Kerajaan Selangor mengadakan program pengawasan Covid-19 membabitkan semua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 8 Mei hingga 10 Jun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here