Mangsa banjir di Sabah meningkat

0
3

MANGSA banjir di Sabah semakin meningkat dengan jumlah keseluruhan mangsa 
terjejas setakat pagi ini adalah 4,722 orang berbanding 2,599 petang semalam. 

Bencana itu setakat ini membabitkan daerah Beaufort dan Tenom. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 40 pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan di dua daerah berkenaan susulan trend pemindahan mangsa yang masih meningkat.

Daerah Tenom mencatatkan penduduk terjejas banjir iaitu seramai 4,147 orang dan 575 mangsa di Beaufort. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here