Sidang media Ismail Sabri, Noor Hisham jam 5 petang ini

0
1

MENTERI Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan muncul bersama dalam satu sidang media khas hari ini.

Difahamkan, sidang media tersebut adalah mengenai perkembangan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuatkuasa.

Orang ramai boleh menyaksikan sidang media ini secara langsung pada jam 5 petang di saluran televisyen rasmi, Astro Awani serta di portal-portal berita.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan media berkata prosedur operasi standard (SOP) sektor ekonomi dan sosial akan diperketatkan dalam tempoh pelaksanaan PKP 3.0.

Perincian mengenai SOP itu akan diumumkan Ismail Sabri hari ini.

PMO memaklumkan perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang semalam.

“Mengambil kira perbincangan dan penelitian dalam sidang khas pada hari ini, mesyuarat sebulat suara bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuatkuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

“Sidang Khas ini turut melibatkan kerajaan negeri bagi mengambil kira situasi semasa di negeri masing-masing serta pandangan mereka terhadap usaha untuk mengekang penularan Covif-19. 

“Perincian mengenai sekatan tambahan ini akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan Pertahanan pada 22 Mei 2021,” katanya.

PKP 3.0 sedang berlangsung selama empat minggu di seluruh negara bermula 12 Mei lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here