Tiada pemotongan bekalan elektrik sehingga 30 Jun

0
2

KERAJAAN dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memastikan tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan di rumah-rumah kediaman yang mempunyai tunggakan tidak melebihi 6 bulan sehingga 30 Jun 2021.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata sebelum ini langkah sama diambil kerajaan membabitkan pengguna domestik yang tiada tunggakan melebihi enam bulan dengan diberikan pengecualian pemotongan bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Mac lalu.

“Inisiatif yang diambil bersama TNB adalah dengan mengambil kira keperluan untuk meneruskan usaha untuk membantu rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Melalui pelaksanaan inisiatif ini, dianggarkan kira-kira 6.96 juta pengguna domestik di Semenanjung memperoleh manfaat dan diharapkan ia dapat membantu memelihara kesejahteraan hidup rakyat dalam keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini.

“Bagi Pelan Bayaran Mudah, ia juga dilanjutkan hingga 31 Disember ini, bagi memudahkan pengguna domestik menguruskan pembayaran bil elektrik mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Pelan Bayaran Mudah yang ditawarkan sebelum ini sepatutnya berakhir 30 Jun ini.

“Jadi tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan di kediaman yang mempunyai tunggakan tidak melebihi enam bulan sehingga 30 Jun ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here