Exco Selangor anjur majlis Aidilfitri disiasat – Polis

0
1

POLIS akan memanggil seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana mengadakan majlis sambutan Aidilfitri di rumahnya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya juga akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berkaitan kes itu.

“Kita telah membuka kertas siasatan pada petang semalam dan hari ini adalah proses seterusnya.

“Kesemua individu yang ada dalam gambar tular itu akan dipanggil untuk dirakam keterangan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Arjunaidi memaklumkan kes itu disiasat mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U.(A) 225/2021].

Semalam, media melaporkan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, perkara itu dikesan pihaknya kira-kira jam 5.45 petang semalam selepas ia tular di Twitter.

Gambar yang dimuat naik @SuzieMusa itu mendakwa terdapat seorang Yang Berhormat (YB) bertaraf Exco di Selangor dalam satu majlis sambutan hari raya di rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here